Tuesday, 27 November 2018
QR CODE
QR code
menggunakan QRcode monkey untuk mewujudkan satu bar code yang dapat digunakan untuk kepentingan tertentu. saya telah menyiapkan beberapa video yang saya lakukan terus saya linkkan dengan mewujudkan satu bar code dengan menggunkan software online ini. penggunaan software ini sangat mudah jika dibandingkan dengan software-software yang lain. rajah dibawah merupakan QR code yang telah saya wujudkan dengan menghubungkan dengan video yang telah saya lakukan, iaitu video melukis dengan menggunkan pensil warna dengan teknik yang betul. kepada anda yang tidak tahu cara bagaimana nak scan bar tersebut jangan risau, saya disini dibayar untuk membantu anda yang mempunyai masalah sebegini. pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi dalam telefon pintar anda, iaitu aplikasi QR & Barcode Scanner. selamat mencuba guy!
thank you!!!
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah tersayang saya iaitu Dr. Wani kerana telah melimpahkan banyak ilmu berkenaan dengan penggunaan teknologi sepanjang kelas kami berlangsung selama satu semester ini. Jasa Dr tak akan kami lupakan sampai ke akhir hayat kami dan kami mendoakan agar Dr sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhi daripada perkara-perkara buruk berlaku amiiin.
WORDPRESS
Word Press
untuk ke laman wordpress saya sila tekan link dibawah :)
⇓
Apa itu WordPress? Jika Anda pemula, tentu saja pertanyaan semacam ini sering mampir di pikiran Anda. WordPress merupakan sistem manajemen konten (CMS) yang paling banyak digunakan di dunia. Lebih dari 30% website dibuat di WordPress dan persentasenya masih akan terus meningkat!
Secara umum, sistem manajemen konten adalah aplikasi web yang memperbolehkan pemilik, editor, dan author untuk mengelola website dan menerbitkan konten tanpa harus menguasai istilah teknis dan bahasa pemrograman terlebih dulu.
WordPress menggunakan PHP dan MySQL, yang ternyata didukung oleh hampir semua penyedia web hosting. Terdapat juga paket WordPress hosting yang menawarkan kelebihan dalam kecepatan, performa, dan keandalan website.
Kelebihan WordPress lainnya terletak pada tipe website yang bisa dibuat di platform ini. CMS ini memungkinkan Anda tak hanya membuat blog sederhana, tapi juga situs ecommerce, portofolio, newspaper, atau apa pun yang diinginkan.
Salah satu hal terbaik WordPress adalah CMS ini memiliki software antarmuka yang intuitif dan mudah digunakan. Apabila Anda tahu cara menggunakan Microsoft Word, maka Anda tidak akan mengalami kesulitan saat hendak mengoperasikan WordPress: membuat dan menerbitkan konten semudah menjentikkan jari.
Monday, 29 October 2018
Thursday, 18 October 2018
AutoDraw & Google Drawing (week4)
Auto Draw
Google Drawing
Kedua-dua web ini merupakan web yang sangat mudah didapati serta digunakan. Setelah saya diasah untuk menggunakan web seperti diatas sangat memberi kesan yang baik serta dapat saya janakan idea atau dapat mengaplikasikannya dalam bidang yang lain. Sebagai contoh sebelum ini sekiranya saya ingin membuat rekaan logo, saya mencari sumber idea melaui Google image, setelah saya mengenali web Auto Draw dengan Google Drawing, saya dapat menjana pelbagai idea bukan itu sahaja, malah dapat menggunakan web ini juga untuk mencipta logo. Selain itu, kedua-dua web tersebut juga dapat membatu saya untuk menyediakan aktiviti kepada murid di sekolah sekiranya saya bergelar sebagai seorang guru nanti inshaAllah.
Tuesday, 16 October 2018
scratch intro (week 5&6)
MyScratch
Belajar asas pergerakan animasi kucing dengan pertukaran latar belakang dan warna animasi:
Membuat satu permain yang menyeronokkan dengan menggerakkan animasi mengikut kreativiti masing-masing:
Membuat game dengan meletakkan markah atau point:
Ulangkaji :
Contoh Video pergerakkan animasi dengan pertukaran latar belakang:
Refleksi
Software Scratch merupakan software yang sangat unik dan menarik. Sebelum saya mencuba untuk bermain dengan Scratch ini, saya mennganggap bahawa software ini sangat susah dan mustahil untuk saya faham dalam mengendalikannya. Selepas saya didedahkan serta diajar oleh pensyarah tersayang saya, sukar untuk percaya yang saya dapat menggerakkan objek tersebut dengan terkawal baik. Bagi saya software ini sangat unik dan menarik bila kita mempersembahkannya hal ini kerana ia seolah-olah kita mencipta sebuah animasi atau game buatan sendiri. Software sebegini sangat sesuai kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk mempersembahkan atau menarik minat murid untuk belajar dengan mudah dan seronok. hal ini akan menambah minat murid serta memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu topik yang diajar seharian.
Selain itu, dengan penggunaan software ini juga dapat membantu saya untuk berkongsikan maklumat, ia merupakan cara yang menarik dan tidak membosankan audien untuk menerima maklumat yang kita hendak sampaikan. Sambil audien menerima maklumat audien juga dapat bermain dengan software ini dengan membuat sesi permainan soal jawab atau permaianan yang dapat menjana ilmu dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, software ini banyak membantu saya dalam menyampaikan mesej kepada audien ataupun murid sekolah.
Tuesday, 9 October 2018
powtoon intro yourself & rupa dalam seni visual (week 3)
Into Yourself & Rupa dalam Seni Visual
Rupa dalam Seni visual
Intro youself
Powntoon merupakan satu software yang baru bagi saya kerana sebelum ini software ini telah lama wujud tapi saya tidak didedah oleh mana-mana kawan ataupun pensyarah menyebabkan saya masih lagi menganggap benda ini baru. Setelah saya didedahkan dengan menggunakan software ini dalam kelas Seni Teknologi, saya rasa satu ilmu yang baru saya pelajari yang boleh diaplikasikan untuk sesi perbentangan mana-mana kuliah sepanjang saya bergelar mahasiswa UPSI, bukan kuliah sahaja malah sekiranya saya ingin berkongsi ilmu kepada orang lain ataupun kepada audien di luar sana juaga boleh menggunakan ilmu ini. Selain itu, saya juga sebagai bakal guru pada masa akan datang eloklah saya menggunakan software sebegini kerana sangat sesuai dengan suasana sekolah. Hal ini kerana software ini mempunyai pelbagai watak animasi yang boleh manarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran harian mereka. Oleh itu, ilmu Powntoon ini banyak memberi manfaat kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam pembelajaran di alam universiti ini serta di luar sana, ia bukan sahaja manfaat kepada saya malah kepada semua masyarakat yang mencinta ilmu di luar sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)