Tuesday, 16 October 2018

scratch intro (week 5&6)


MyScratch

Belajar asas pergerakan animasi kucing dengan pertukaran latar belakang dan warna animasi:









Membuat satu permain yang menyeronokkan dengan menggerakkan animasi mengikut kreativiti masing-masing:




Membuat game dengan meletakkan markah atau point:




Ulangkaji :





Contoh Video pergerakkan animasi dengan pertukaran latar belakang:






Refleksi

            Software Scratch merupakan software yang sangat unik dan menarik. Sebelum saya mencuba untuk bermain dengan Scratch ini, saya mennganggap bahawa software ini sangat susah dan mustahil untuk saya faham dalam mengendalikannya. Selepas saya didedahkan serta diajar oleh pensyarah tersayang saya, sukar untuk percaya yang saya dapat menggerakkan objek tersebut dengan terkawal baik. Bagi saya software ini sangat unik dan menarik bila kita mempersembahkannya hal ini kerana ia seolah-olah kita mencipta sebuah animasi atau game buatan sendiri. Software sebegini sangat sesuai kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk mempersembahkan atau menarik minat murid untuk belajar dengan mudah dan seronok. hal ini akan menambah minat murid serta memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu topik yang diajar seharian.

          Selain itu, dengan penggunaan software ini juga dapat membantu saya untuk berkongsikan maklumat, ia merupakan cara yang menarik dan tidak membosankan audien untuk menerima maklumat yang kita hendak sampaikan. Sambil audien menerima maklumat audien juga dapat bermain dengan software ini dengan membuat sesi permainan soal jawab atau permaianan yang dapat menjana ilmu dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, software ini banyak membantu saya dalam menyampaikan mesej kepada audien ataupun murid sekolah.

No comments:

Post a Comment