Thursday, 18 October 2018

AutoDraw & Google Drawing (week4)





Auto Draw





Google Drawing





          Kedua-dua web ini merupakan web yang sangat mudah didapati serta digunakan. Setelah saya diasah untuk menggunakan web seperti diatas sangat memberi kesan yang baik serta dapat saya janakan idea atau dapat mengaplikasikannya dalam bidang yang lain. Sebagai contoh sebelum ini sekiranya saya ingin membuat rekaan logo, saya mencari sumber idea melaui Google image, setelah saya mengenali web Auto Draw dengan Google Drawing, saya dapat menjana pelbagai idea bukan itu sahaja, malah dapat menggunakan web ini juga untuk mencipta logo. Selain itu, kedua-dua web tersebut juga dapat membatu saya untuk menyediakan aktiviti kepada murid di sekolah sekiranya saya bergelar sebagai seorang guru nanti inshaAllah.

Tuesday, 16 October 2018

scratch intro (week 5&6)


MyScratch

Belajar asas pergerakan animasi kucing dengan pertukaran latar belakang dan warna animasi:









Membuat satu permain yang menyeronokkan dengan menggerakkan animasi mengikut kreativiti masing-masing:




Membuat game dengan meletakkan markah atau point:




Ulangkaji :





Contoh Video pergerakkan animasi dengan pertukaran latar belakang:






Refleksi

            Software Scratch merupakan software yang sangat unik dan menarik. Sebelum saya mencuba untuk bermain dengan Scratch ini, saya mennganggap bahawa software ini sangat susah dan mustahil untuk saya faham dalam mengendalikannya. Selepas saya didedahkan serta diajar oleh pensyarah tersayang saya, sukar untuk percaya yang saya dapat menggerakkan objek tersebut dengan terkawal baik. Bagi saya software ini sangat unik dan menarik bila kita mempersembahkannya hal ini kerana ia seolah-olah kita mencipta sebuah animasi atau game buatan sendiri. Software sebegini sangat sesuai kepada saya sebagai seorang bakal guru untuk mempersembahkan atau menarik minat murid untuk belajar dengan mudah dan seronok. hal ini akan menambah minat murid serta memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu topik yang diajar seharian.

          Selain itu, dengan penggunaan software ini juga dapat membantu saya untuk berkongsikan maklumat, ia merupakan cara yang menarik dan tidak membosankan audien untuk menerima maklumat yang kita hendak sampaikan. Sambil audien menerima maklumat audien juga dapat bermain dengan software ini dengan membuat sesi permainan soal jawab atau permaianan yang dapat menjana ilmu dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, software ini banyak membantu saya dalam menyampaikan mesej kepada audien ataupun murid sekolah.

Tuesday, 9 October 2018

powtoon intro yourself & rupa dalam seni visual (week 3)





Into Yourself & Rupa dalam Seni Visual


Rupa dalam Seni visual



Intro youself






     
             Powntoon merupakan satu software yang baru bagi saya kerana sebelum ini software ini telah lama wujud tapi saya tidak didedah oleh mana-mana kawan ataupun pensyarah menyebabkan saya masih lagi menganggap benda ini baru. Setelah saya didedahkan dengan menggunakan software ini dalam kelas Seni Teknologi, saya rasa satu ilmu yang baru saya pelajari yang boleh diaplikasikan untuk sesi perbentangan mana-mana kuliah sepanjang saya bergelar mahasiswa UPSI, bukan kuliah sahaja malah sekiranya saya ingin berkongsi ilmu kepada orang lain ataupun kepada audien di luar sana juaga boleh menggunakan ilmu ini. Selain itu, saya juga sebagai bakal guru pada masa akan datang eloklah saya menggunakan software sebegini kerana sangat sesuai dengan suasana sekolah. Hal ini kerana software ini mempunyai pelbagai watak animasi yang boleh manarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran harian mereka. Oleh itu, ilmu Powntoon ini banyak memberi manfaat kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam pembelajaran di alam universiti ini serta di luar sana, ia bukan sahaja manfaat kepada saya malah kepada semua masyarakat yang mencinta ilmu di luar sana.